Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • JAKESS MENGADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE NEGERI TERENGGANU

JAKESS MENGADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE NEGERI TERENGGANU

Admin-Haeida

14 كانون1/ديسمبر 2023

1512

10 Disember 2023, Ahad - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu seramai 45 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu sambil berkongsi pendapat dan pengalaman tentang amalan EKSA di Jabatan masing-masing.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Hilman bin Hajijan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Unit Korporat) dan ucapan balas oleh Ketua Hakim Syarie Selangor. Seterusnya taklimat EKSA telah dibentangkan oleh Encik Muhammad Azrin Hafizuddin bin Hashim, Penolong Setiausaha Kerajaan (Unit Korporat).

Peserta seterusnya dibawa melawat ke Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi melihat sendiri amalan EKSA di Jabatan tersebut. Turut bersama dalam program ini adalah Ketua Pendaftar, Jawatankuasa Latihan, Jawatankusa Audit Dalam, Jawatankuasa Dokumentasi, Jawatankuasa Promosi dan semua wakil setiap zon di Bangunan Ibu Pejabat dan Daerah.
#syariahasaskeadilan

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam EKSA 1