LAWATAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARIPADA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)






15 Mei 2024, Rabu - Jabatan ini telah menerima lawatan delegasi daripada pegawai-pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 15 Mei 2024.
Seramai 16 orang pegawai telah hadir yang diketuai oleh Puan Suzliana Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Program diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Puan Rashidah binti Sarkom. Tujuan utama pihak PPAS mengadakan lawatan ini adalah untuk mempelajari dan mempraktikkan amalan EKSA di tempat kerja bagi mendapatkan persijilan EKSA di PPAS.