PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

Selasa, 23hb. April 2024 - Hari ini bersamaan 14 Syawal 1445H, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah turut menyertai Program Jom Membaca 10 Minit "baca dan bahagia" yang dijalankan di 1 Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber JAKESS.
Program ini telah dijalankan secara hybrid yang disertai oleh kakitangan-kakitangan di Ibu Pejabat dan di lokasi daerah-daerah.
Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memupuk semangat membaca di kalangan warga kerja JAKESS dan sekaligus menerapkan nilai-nilai murni hasil dari pembacaan yang dibuat.
Slot Cabutan Bertuah turut dianjurkan bagi memeriahkan lagi program ini. Seramai 6 orang yang bertuah telah dipilih menggunakan aplikasi Wheel of Names dan mendapat wang tunai berjumlah RM20 setiap seorang.