Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

BACAAN UNDANG-UNDANG SIRI 2/2023

MRS Ampang

26 أيار 2023

1368

MRS AMPANG, 24 Mac 2023 ─ Bacaan Undang-undang telah diteruskan pada jam 2 petang hari ini sebagai usaha melengkapkan pengetahuan pegawai dan kakitangan terhadap pindaan undang-undang terkini ke arah menyeragamkan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Tajuk yang disampaikan iaitu “Enakmen Tatacara Mal Syariah Negeri Selangor 2003 (Pindaan 2022) dan kesan interpretasi undang-undang”, telah berjaya mengupas beberapa aspek antaranya Pindaan Seksyen 3, Seksyen Baharu 7 dan kaitan Arahan Amalan Mahkamah Syariah.