Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

PEMANTAUAN MYSTERRY SHOPPING ETIKA PAKAIAN DAN PEMATUHAN FATWA LARANGAN MEROKOK

MRS Ampang

25 حزيران/يونيو 2024

369

PANDAN INDAH, 24 Jun 2024 – Mahkamah Rendah Syariah Ampang telah selesai dipantau oleh ahli jawatankuasa Unit Pematuhan Syariah iaitu Tuan Mohamed Hizwan bin Mohamed Nor dan Puan Salmizan binti Mohamed @ Jamaludin.

Pemantauan pada kali ini memfokuskan pematuhan kepada Etika Berpakaian Kakitangan dan Pelanggan serta pematuhan terhadap Fatwa Larangan Merokok di lokasi yang diaudit. Kesemua kakitangan memberi kerjasama dan menyambut baik kehadiran para pemantau dari Unit Pematuhan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dalam siri pemantauan pada kali ini.