Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Audit Eksa 2023

MRS Hulu Selangor

16 أيار 2023

1430

11 Mei 2023 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor (Zon Mutiara) pada hari ini telah menerima kunjungan pasukan juruaudit dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang diketuai oleh Puan Siti Aminah Binti Kamal. Auditan EKSA yang dijalankan di semua mahkamah syariah seluruh Selangor serta ibu pejabat JAKESS adalah merupakan salah satu kriteria yang diperlukan bagi mengekalkan pensijilan EKSA yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).  Juruaudit lain yang turut membantu ialah Puan Noraini Binti Arham dan Encik Faizarul Nizam Bin Azhari. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan lokasi bersedia diaudit kali ini. Semoga teguran dan penemuan auditan pada kali ini mampu menyuntik idea baharu untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di lokasi ini.