Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Lawatan Sambil Belajar Ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

MRS Hulu Selangor

17 شباط/فبراير 2023

1733

 

7 Februari 2023 - Seramai 29 orang pelajar dari Darul Quran, Hulu Selangor bersama seorang tenaga pengajar Ustaz Ahmad Fuat Bin Jamil telah hadir ke MRS Hulu Selangor untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Kehadiran mereka disambut baik oleh kakitangan mahkamah dan Ketua Pejabat MRS Hulu Selangor Tuan Abdul Halim Bin Abu Samah. Sepanjang tempoh lawatan tersebut para pelajar telah didedahkan dengan prosiding kes sebutan dan perbicaraan dalam dewan mahkamah. Selain itu, turut diberikan sedikit taklimat ringkas mengenai bidangkuasa dan prosedur kes di Mahkamah Syariah. Semoga sesi lawatan ini memberikan manfaat yang baik dan para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai Mahkamah Syariah di Selangor.