Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Lawatan Sambil Belajar ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

MRS Hulu Selangor

28 تشرين2/نوفمبر 2024

48

28 November 2024 – MRS Hulu Selangor telah menerima lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu seramai 23 orang pelajar dan seorang tenaga pengajar iaitu Puan Zurinawati Binti Sahrujie, Ketua Panitia Pendidikan Syariah. Rombongan telah disambut baik oleh Ketua Pejabat MRS Hulu Selangor Tuan Mohamed Hizwan Bin Mohamed Nor dan kakitangan mahkamah.

Sepanjang tempoh lawatan tersebut para pelajar telah didedahkan dengan prosiding kes sebutan dan perbicaraan dalam dewan mahkamah. Selain itu, turut diberikan sedikit taklimat ringkas oleh Puan Noor Anisah Binti Suyot@Tuyot selaku Penolong Pendaftar mengenai bidangkuasa, statistik dan kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor. Semoga sesi lawatan ini memberikan manfaat yang baik dan para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai Mahkamah Syariah di Selangor.