Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Klang

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Jasamu Dikenang

MRS Klang

12 أيار 2023

1556

 

12 Mei 2023 - JAKESS telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Jasamu Dikenang bertempat di Hotel Concorde Shah Alam sebagai satu tanda pengiktirafan dan penghargaan Jabatan kepada anggota perkhidmatan awam khususnya warga JAKESS yang  telah menghasilkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang dan yang lebih penting telah memenuhi kehendak serta harapan pihak berkepentingan dan juga kumpulan sasar.

Seramai 3 orang warga Mahkamah Rendah Syariah Klang telah dijemput sebagai penerima anugerah. Anugerah yang diraikan antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 iaitu Puan Saniah binti Saroji dan Noor Aza binti Abdul Rahman. Selain itu, Anugerah Ketua Hakim Syarie iaitu Encik Mohd Farhan bin Abdul Latif. Tahniah diucapkan buat semua penerima.