Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • Perhimpunan Jabatan Bil. 5 Tahun 2024, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Perhimpunan Jabatan Bil. 5 Tahun 2024, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Admin-Haeida

02 كانون1/ديسمبر 2024

166

 469026038 1102870478505083 7673518987201242175 n 468971864 1102870601838404 6180857310608511761 n

 468939327 1102870508505080 5419740814680663846 n 469062772 1102880125170785 2550771818878224960 n

                                                 469017512 1102870528505078 662619352428505742 n

29 November 2024, Jumaat - Sekitar Perhimpunan Jabatan Bil. 5 Tahun 2024, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang berlangsung di Dewan Muktamar pada jumaat lalu.


Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan aspek budaya integriti dan inovasi yang saling melengkapi dalam mencapai perubahan positif dalam perkhidmatan awam.

Majlis juga berkesempatan menyambut hari lahir YAA Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pendaftar JAKESS dengan mengadakan upacara memotong kek sumbangan BAKEMAS.

Seterusnya warga JAKESS disajikan dengan pembentangan projek KIK daripada KIK El-Hakam daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bersempena sambutan Hari Inovasi.

Majlis diteruskan dengan sesi ceramah bertajuk Rasuah Ke Penjara Atau Ke Neraka yang disampaikan oleh YBhg. Dato' TPj. Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Selangor bersempena sambutan Hari Integriti.

Majlis juga menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh, Anugerah Unit Pematuhan Syariah, Anugerah Pertandingan Pusat Sumber, Anugerah Slogan Integriti JAKESS dan pengumuman serta penyampaian anugerah bagi pemenang Pertandingan EKSA Tahun 2024.

Penilaian juri Pertandingan EKSA Tahun 2024 juga dilaksanakan dimana Jabatan menjemput Pegawai daripada Jabatan Landskap MBSA selaku juri.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu jemputan sudi menerima jemputan dan memberi kerjasama dalam menjayakan program JAKESS jumaar lalu.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.