Perhimpunan Jabatan Bil. 5 Tahun 2024, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)





29 November 2024, Jumaat - Sekitar Perhimpunan Jabatan Bil. 5 Tahun 2024, Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang berlangsung di Dewan Muktamar pada jumaat lalu.
Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan aspek budaya integriti dan inovasi yang saling melengkapi dalam mencapai perubahan positif dalam perkhidmatan awam.
Seterusnya warga JAKESS disajikan dengan pembentangan projek KIK daripada KIK El-Hakam daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bersempena sambutan Hari Inovasi.
Majlis diteruskan dengan sesi ceramah bertajuk Rasuah Ke Penjara Atau Ke Neraka yang disampaikan oleh YBhg. Dato' TPj. Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Selangor bersempena sambutan Hari Integriti.
Majlis juga menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh, Anugerah Unit Pematuhan Syariah, Anugerah Pertandingan Pusat Sumber, Anugerah Slogan Integriti JAKESS dan pengumuman serta penyampaian anugerah bagi pemenang Pertandingan EKSA Tahun 2024.
Penilaian juri Pertandingan EKSA Tahun 2024 juga dilaksanakan dimana Jabatan menjemput Pegawai daripada Jabatan Landskap MBSA selaku juri.
Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu jemputan sudi menerima jemputan dan memberi kerjasama dalam menjayakan program JAKESS jumaar lalu.
Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.