Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) - JAKESS
AKRAB adalah nama yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai pembimbing rakan sekerja. Akrab mula diperkenalkan melalui satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA melalui pekeliling bil:18/2005. Sejak dari tahun 2005 beberapa agensi kerajaan serta badan berkanun telah menubuhkan unit AKRAB di organisasi masing-masing, tidak terkecuali di JAKESS sendiri. Bagi JAKESS, AKRAB mula diperkenalkan pada 2007 selepas seramai 21 orang pegawai JAKESS ditauliahkan oleh pihak JPA. Mereka yang layak dilantik sebagai ahli AKRAB hendaklah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling yang ditetapkan oleh pihak JPA.
Sejak AKRAB diperkenalkan di JAKESS beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya mengadakan lawatan dan mengadakan sesi bimbingan samada secara individu mahupun kelompak. Pada peringkat awal hanya kakitangan yang dirujuk pihak pengurusan sumber manusia sahaja yang diberi keutamaan. Manakala bagi ahli AKRAB sendiri kursus pasca AKRAB juga telah dianjurkan dan dihadiri samada di peringkat JAKESS atau peringkat SUK Negeri.
A.K.R.A.B.
merupakan akronim kepada perkataan berikut yang menjadi teras nilai yang perlu ada kepada setiap seorang rakan pembimbing :
A : Amanah
K : Komitmen
R : Rasional
A : Akhlak
B : Bestari
PERANAN AKRAB
Peranan ahli AKRAB ialah untuk membantu mewujudkan pengurusan modal insan lebih humanistik. Antara peranan lain rakan sekerja ialah:
a. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
b. Memberi sokongan kepada perubahan
c. Menjadi agen transformasi perkhidmatan awam
d. Memberi motivasi untuk mengekalkan perubahan
e. Menjadi pembimbing kehidupan berkerjaya
f. Menggalakkan budaya kerja berpasukan
g. Menerapkan nilai-nilai kesukarelaan dan empati
PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH AHLI AKRAB
Peranan yang boleh dilakukan sebagai ahli AKRAB untuk membantu orang lain adalah seperti berikut:
i) Pemudahcara dalam situasi terbuka dan empati;
ii) Terima rakan tanpa syarat;
iii) Membantu rakan melihat beberapa alternatif bagi membuat keputusan;
iv) Sokongan kepada rakan untuk mengambil langkah positif;
v) Mematuhi kerahsiaan;
vi) Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi;
vii) Berbincang masalah harian yang biasa;
viii) Merujuk kes-kes berat kepada pegawai psikologi; dan
ix) Sayangi diri dan memahami batas diri dalam membantu rakan.
PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH AHLI AKRAB
Ahli-ahli AKRAB perlulah mengamalkan tingkah laku baik yang boleh dicontohi dan sentiasa menjaga tahap integriti yang tinggi. Walau bagaimanapun disarankan ahli-ahli AKRAB tidak melakukan perkara-perkara seperti dibawah;
- Mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan;
- Memberi keputusan dan memberikan jalan penyelesaian masalah tanpa melalui sesi bimbingan;
- Menceritakan keburukan rakan kepada orang lain;
- Berbincang dengan rakan yang mengalami masalah emosi yang mendalam; dan;
- Mengendalikan masalah yang terlalu rumit sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.

-
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
-
VISI
Menjadikan AKRAB Penggerak Pembangunan Modal Insan Dalam Pengurusan Sumber Manusia.
-
MISI
- Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
- Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
- Berperanan sebagai perantaraan antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
- Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.
-
FUNGSI
- Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
- Mengukuhkan nilai kendiri;
- Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
- Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
- Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
- Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
- Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan
-
MOTTO
“ Berkhidmat Membimbing ”.
-
FALSAFAH
Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu: “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkahlaku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.
-
PRINSIP
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
-
KONSEP AKRAB
Program AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan serta nilai-nilai murni yang ada pada diri ahli AKRAB. Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.
AKRAB CARE
AKRAB Care sebagai satu sistem support group kepada kelompok rakan sekerja yang telah menjalani program intervensi (pemulihan) modul PSYNOVA BMT - melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 2015 Perlaksanaan Dasar Pemisah Exit Policy bagi pegawai yang berprestasi rendah dalam perkhidmatan awam.Tujuan perlaksanaan AKRAB CARE adalah berasaskan pendekatan psikologi dan kaunseling sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan awam secara komprehensif. Program ini juga merupakan sumbangan ahli-ahli AKRAB kepada dasar-dasar kerajaan.
PENCAPAIAN AKRAB JAKESS
-
2020
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Anugerah APPC Tempat Pertama Peringkat Negeri Selangor -
2019
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor 2 Pentauliahan Jurulatih Utama Pementoran Peringkat Negeri Selangor 3 Lawatan Penanda Aras AKRAB PERDA, Pulau Pinang 4 Anugerah Tokoh AKRAB (Puan Siti Rashidah binti Sarkom) Peringkat Jabatan -
2018
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Lawatan Penanda Aras AKRAB JAIS 2 Anugerah AKRAB Dinamik Peringkat Negeri Selangor 3 Anugerah Penarafan Lima(5) Bintang Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) Peringkat Negeri Selangor 4 Anugerah Tokoh AKRAB (Tuan Faizarul Nizam bin Azhari) Peringkat Jabatan 5 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor 6 Lawatan Penanda Aras AKRAB Jabatan Mufti Selangor
AHLI AKRAB JAKESS
BIL |
NAMA AHLI |
NO. AHLI |
1. |
YA Tuan Zulfikri bin Yasoa’ |
|
2. |
YA Tn. Salehan bin Yatim |
A 321107 |
3. |
YA Tn. Dr. Zainal Abidin bin Kusmin |
|
4. |
Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin |
A 131408117 |
5. |
Tn. Mohd Hairuddin bin Ab Rahim |
A 10116414 |
6. |
Tn. Muhamad Nazri bin Basrawi |
A 238706 |
7. |
Tn. Muhammad Mujahid bin Ahmad |
|
8. |
Tn. Mohd Taufik Naim bin Kamarudin |
A 16113622 |
9. |
Tn. Abdul Hadi Bin Umar |
A 131408717 |
10. |
Tn. Mohamad Yuszairi B. Mohd Zam Zam |
A 14104418 |
11. |
Pn. Siti Rahmah Binti Hussin |
A 9038613 |
12. |
Pn. Norsalwa Binti Abdullah Thani |
A 131408517 |
13. |
Tn. Aminullah Bin Bahrin |
A 131408617 |
14. |
Pn. Marina Binti Abdul Rahman |
A 131408417 |
15. |
Pn. Sri Kauthar Binti Mohd Banon |
A 321307 |
16. |
Pn. Salasiah binti Shamsuddin P.J.K |
A 321007 |
17. |
Pn. Siti Aminah binti Hussain |
A 131408917 |
18. |
Tn. Hj Harun bin Hashim |
A 320007 |
19. |
Tn. Aris Fadhilah bin Ramli |
A 6067010 |
20. |
Tn. Faizarul Nizam bin Azhari |
A10116014 |
21. |
Tn. Mohd Soleh bin Bahari |
A 131408817 |
22. |
Tn. Harif bin Naim |
A 16106522 |
23. |
Pn. Norliana bintiZaimon |
A 10116814 |
24. |
Pn. Siti Rashidah binti Sarkom |
A 10117914 |
25. |
Pn. Norsafia binti Shariff P.J.K |
A 10116914 |
26. |
En. Norkhisamuddin bin Md Nor |
A 8118612 |
27. |
En. Mohd Anas bin Kadir |
A 14104518 |
28. |
Pn. Nurizzati binti Roslan |
A 16110922 |
CARTA ORGANISASI AKRAB JAKESS

PROGRAM / AKTIVITI AKRAB JAKESS
BIL |
AKTIVITI / PROGRAM AKRAB |
TARIKH |
TEMPAT |
1. |
Mesyuarat AKRAB Bil.1/2023 |
9/1/2023 |
JAKESS |
2. |
Mesyuarat AKRAB Bil.2/2023 |
16/10/2023 |
JAKESS |
3. |
Mesyuarat AKRAB Bil.3/2023 |
17/11/2023 |
JAKESS |
4. |
Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA |
15/2/2023 |
Pusat INFO JAKESS |
5. |
Program CSR AKRAB |
20/7/2023 |
SMK Kuala Langat, Banting |
6. |
Program Kembara AKRAB |
26/10/2023 |
Sg.Miak Bentong, Pahang |
BIL |
AKTIVITI / PROGRAM PEMENTORAN |
TARIKH |
TEMPAT |
1. |
Mesyuarat JK Pementoran Bil.1/2023 |
9/1/2023 |
JAKESS |
2. |
Mesyuarat JK Pementoran Bil.2/2022 |
30/3/2023 |
JAKESS |
3. |
Program TOT Pementoran JAKESS |
30/3/2023 |
JAKESS |
4. |
Program Luar & Penutup Pementoran |
26-27/9/2023 |
Sri Damai Resort Kalumpang |
PENGIKTIRAFAN AKRAB JAKESS
BIL | AKTIVITI | TAHUN | AGENSI |
1. | Anugerah AKRAB Inovatif | 2016 | Peringkat Negeri Selangor |
2. |
|
2016 | Peringkat Negeri Selangor |
3. |
|
2016 | Peringkat Jabatan |
4. |
|
2017 | Peringkat Jabatan |
5. | Lawatan Penanda Aras AKRAB | 2018 | JAIS |
6. | Anugerah AKRAB Dinamik | 2018 | Peringkat Negeri Selangor |
7. | Anugerah Penarafan Lima (5) Bintang Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) | 2018 | Peringkat Negeri Selangor |
8. |
|
2018 | Peringkat Jabatan |
9. | Pentauliahan Ahli AKRAB | 2018 | Peringkat Negeri Selangor |
10. | Lawatan Penanda Aras AKRAB | 2018 | Jab. Mufti Selangor |
11. | Pentauliahan Ahli AKRAB | 2019 | Peringkat Negeri Selangor |
12. | Pentauliahan Jurulatih Utama Pementoran | 2019 | Peringkat Negeri Selangor |
13. | Lawatan Penanda Aras AKRAB | 2019 | PERDA, Pulau Pinang |
14. |
|
2019 | Peringkat Jabatan |
15. |
|
2020 | Peringkat Jabatan |
16. |
|
2021 | Peringkat Jabatan |
17. | Lawatan Penanda Aras AKRAB | 2022 | JKSN Negeri Sembilan |
18. | Pentauliahan Ahli AKRAB | 2022 | Peringkat Negeri Selangor |
19. | Lawatan Penanda Aras AKRAB | 2022 | PKNS |
20. |
|
2022 | Peringkat Jabatan |
21. |
|
2023 | Peringkat Kebangsaan |
REKOD SESI BIMBINGAN
REKOD SESI BIMBINGAN OLEH AKRAB JAKESS |
|||||||
BIL. |
PERKARA |
TAHUN |
|||||
2018 |
2019 |
2020 |
2021 |
2022 |
2023 |
||
1. |
Sukarela |
1 |
2 |
3 |
1 |
2 |
1 |
2. |
Yang Dirujuk (YDR) |
3 |
5 |
1 |
1 |
0 |
3 |
3. |
Berkelompok |
68 |
100 |
43 |
12 |
27 |
LAPORAN UNIT AKRAB JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR TAHUN 2023
AKTIVITI / PROGRAM AKRAB TAHUN 2023
BIL |
AKTIVITI / PROGRAM AKRAB |
TARIKH |
TEMPAT |
1. |
Mesyuarat AKRAB Bil.1/2023 |
9/1/2023 |
JAKESS |
2. |
Mesyuarat AKRAB Bil.2/2023 |
16/10/2023 |
JAKESS |
3. |
Mesyuarat AKRAB Bil.3/2023 |
17/11/2023 |
JAKESS |
4. |
Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA |
15/2/2023 |
Pusat INFO JAKESS |
5. |
Program CSR AKRAB |
20/7/2023 |
SMK Kuala Langat, Banting |
6. |
Program Kembara AKRAB |
26/10/2023 |
Sg.Miak Bentong, Pahang |
AKTIVITI / PROGRAM PEMENTORAN JAKESS TAHUN 2023
BIL |
AKTIVITI / PROGRAM PEMENTORAN |
TARIKH |
TEMPAT |
1. |
Mesyuarat JK Pementoran Bil.1/2023 |
9/1/2023 |
JAKESS |
2. |
Mesyuarat JK Pementoran Bil.2/2022 |
30/3/2023 |
JAKESS |
3. |
Program TOT Pementoran JAKESS |
30/3/2023 |
JAKESS |
4. |
Program Luar & Penutup Pementoran |
26-27/9/2023 |
Sri Damai Resort Kalumpang |
Read more …Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) - JAKESS
- Hits: 9637