KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT ISLAMI PANEL HAKAM NEGERI SELANGOR

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota Panel Hakam berkaitan bahasa isyarat serta kaedah-kaedah berkomunikasi dengan orang kurang upaya pendengaran disamping menyantuni komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) seterusnya memastikan pelaksanaan Majlis Tahkim yang lebih berkualiti.
Pelbagai slot dengan tajuk dan teknik-teknik menarik telah didedahkan sepanjang program 2 hari 1 mlm ini berlangsung. Antara perunding jemputan yang diundang ialah Prof. Madya Dr. Hj. Norakyairee Mohd Raus (Pengarah UMMI) dan Encik Noordin Hassan (Penterjemah/Juru Bahasa Isyarat Antarabangsa). Turut diundang fasilitator-fasilitator daripada UMMI iaitu Encik Ahmad Hafiz Azamudden bin Rumandang, Puan Nur Amalina Azhar, Puan Mim Tasnim binti Rebi, Puan Siti Rahmah Ahmad Razuan dan Puan Nur Najiyyah Muhamad Yusof.
Program yang diurussetiakan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR), JAKESS dirasmikan oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS dan berakhir dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat.