Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KURSUS ASAS KOMUNITI SULH DAN RAKAN SOKONGAN KELUARGA

Admin-Haeida

12 Julai 2024

721

450438526 993324339459698 6063777435772600154 n 450549380 993324392793026 1735985575844920103 n

450259074 993324289459703 2326614435489625130 n 450586317 993324186126380 5717694600566855389 n

450238075 993324179459714 3287408015240313935 n 450559662 993324149459717 3001151942849264496 n

9 Julai 2024, 
Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah berjaya melaksanakan Kursus Asas Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga yang telah diadakan pada 9 sehingga 11 Julai 2024. Program ini adalah julung kali dianjurkan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif JAKESS (ADR) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Program ini telah mendapat reaksi amat positif daripada para peserta yang terdiri daripada guru-guru.

Para peserta menzahirkan perasaan teruja dan berharap program perkongsian berkenaan sulh/mediasi ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Arif Dato’ Mohammad Adib bin Husain, yang menyatakan harapannya agar segala perkongsian ilmu dan teknik-teknik sulh yang diberikan kepada peserta dapat disebarkan dalam komuniti, para pendidik dan masyarakat umumnya bagi menyelesaikan pertikaian dan konflik kekeluargaan.

JAKESS berharap agar para peserta boleh menjadi agen penyampai maklumat dan dapat memberikan nasihat awal serta menjadi agen pendamai sebelum suatu pertikaian tersebut dirujukkan ke mahkamah.