LAWATAN DELEGASI BANGSAMORO ATTORNEY GENERAL'S OFFICE (BAGO) KE JAKESS MEMPERKUKUH JALINAN KEHAKIMAN SYARIAH SERANTAU



30 April 2025, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan rasmi delegasi Bangsamoro Attorney General’s Office (BAGO), Filipina, sempena program Public Policy & Syariah Law Programme pada Rabu.
Delegasi telah disambut oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor bersama para pegawai dan kakitangan JAKESS.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman, yang membentangkan pengenalan terhadap perkhidmatan Jabatan ini kepada rakyat Negeri Selangor khususnya.
Seterusnya sesi soal jawab diadakan yang membangkitkan perbincangan dua hala serta perkongsian ilmu dan pengalaman yang mampu diterjemahkan kepada perkhidmatan pihak Delegasi di Bangsamoro kelak.
Delegasi turut dibawa melihat sendiri perbicaraan kes secara langsung yang sedang berjalan pada hari tersebut.
Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian delegasi Bangsamoro Attorney General’s Office hadir ke Jabatan ini dan semoga segala usaha diberkati Allah SWT.