Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR "MALAYSIA MEMBACA : MERAYAKAN BUKU"

Admin-Haeida

05 Jun 2026

47

                                                    714599153 1578128090979317 111098134089386317 n

                                                    714730237 1578128080979318 5488211493504342636 n

4 Jun 2026, Kuala Lumpur - Satu lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertemakan "Malaysia Membaca: Merayakan Buku" bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, hari ini.

Lawatan yang disertai seramai lebih kurang 40 orang delegasi ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) selaras dengan kempen membaca kebangsaan sebagai asas merealisasikan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030.