Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • PERBINCANGAN PRJ & PTRJ BERSAMA PEGAWAI ARKIB NEGERA MALAYSIA BERKAITAN PENGURUSAN REKOD DI JAKESS BERTEMPAT DI PEJABAT SEKSYEN REKOD JAKESS

PERBINCANGAN PRJ & PTRJ BERSAMA PEGAWAI ARKIB NEGERA MALAYSIA BERKAITAN PENGURUSAN REKOD DI JAKESS BERTEMPAT DI PEJABAT SEKSYEN REKOD JAKESS

Admin-Haeida

16 Oktober 2025

16

1
2
SHAH ALAM, 14 October 2025 – Satu sesi lawatan dan perbincangan berkaitan pengurusan rekod telah diadakan di Pejabat Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melibatkan kehadiran Pegawai Arkib Negara Malaysia (ANM), Puan Siti Khadijah binti Baharudin, manakala Seksyen Rekod diwakili oleh En. Sofian Bin Ibrahim selaku Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Puan Nuraziraakmar binti Othman Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ). Mewakili Pasukan Kualiti JAKESS iaitu Puan Salasiah binti Shamsuddin, Puan Saniah binti Saroji, Cik Nurnazliya binti Zakaria, Tuan Mohd Soleh bin Bahari, Tuan Faizarul Nizam bin Azhari dan Norliana binti Zaimon.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan sistem pengurusan rekod sedia ada di JAKESS serta meninjau dokumen kualiti yang telah diwujudkan oleh Pasukan Kualiti jabatan. Sesi ini merupakan inisiatif kearah penambahbaikan pengurusan rekod secara sistematik, teratur dan efisien selaras dengan peruntukan Seksyen 7(a), Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629).

Sepanjang perbincangan, pelbagai aspek telah dibincangkan, termasuk keperluan pematuhan terhadap dasar pelupusan rekod, pemeliharaan rekod penting kerajaan, serta cadangan penambahbaikan sistem penyimpanan dan pemantauan rekod di peringkat jabatan.

Sesi perbincangan yang turut dihadiri oleh PRJ dan PTRJ ini memberi peluang kepada pegawai untuk mengemukakan persoalan dan cadangan berkaitan pengurusan rekod bagi meningkatkan kefahaman serta pelaksanaan yang lebih berkesan di jabatan masing-masing.