SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI 6 ZON KLANG






1 Oktober 2024, Klang - Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 6 yang membawakan topik nafkah, cerai Fast-Track dan Prosedur Hakam disertai hampir 400 orang peserta warga Klang yang bertempat di Dewan Serbaguna Dato' Ahmad Razali.
Seminar siri ke 6 diisi dengan ceramah bertajuk Penceraian Fast Track dan Prosedur Hakam yang disampaikan oleh Tuan Shukran bin Yusof serta forum yang bertajuk Nafkah, Terjaminkah Hak Mereka di Bawah Undang-Undang yang membariskan ahli panel berwibawa iaitu Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Tuan Mohd Hisyam bin Zakaria dan Puan Marina binti Abdul Rahman.
Peserta yang hadir terdiri daripada ketua-ketua kampung, imam dan AJK masjid, guru KAFA, pelajar IPT, penjawat awam daripada pelbagai agensi dan masyarakat awam di daerah Klang.
JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung serta semoga semua pihak mendapat manfaat daripada seminar ini.