Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2022

MRS Ampang

26 Mei 2023

1274

HOTEL CONCORDE SHAH ALAM, 12 Mei 2023 ─ Dua orang kakitangan MRS Ampang telah menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada petang hari ini.

Seorang daripadanya menerima Anugerah Tokoh Kualiti Jakess iaitu Puan Nurfaseha binti Sabaruddin, manakala seorang lagi menerima Anugerah Tokoh Sukan Wanita iaitu Norfarahin binti Imam Muhairi.

Mantan ketua pejabat dan hakim MRS Ampang iaitu Tuan Faathir bin Md Tahir serta Tuan Ahmad Faizal bin Tahiron turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2022. Di akhir majlis, semua kakitangan yang terlibat dalam penganjuran majlis ini sempat merakam kenangan bersama Ketua Jabatan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.