Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

PROGRAM KERJASAMA PENDEKATAN INTERVENSI KEKELUARGAAN 2026 DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SELANGOR

MRS Ampang

07 April 2026

22



PANDAN INDAH, 3 Mac 2026 - Program Kerjasama Pendekatan Intervensi Kekeluargaan 2026 telah diadakan bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Ampang. Program ini merupakan inisiatif kerjasama antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang turut melibatkan lapan buah Mahkamah Syariah di seluruh Selangor. Program ini bertujuan memperkukuh institusi kekeluargaan Islam melalui pendekatan intervensi awal serta memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan pengurusan konflik rumah tangga secara harmoni.

Program tersebut telah dihadiri oleh wakil daripada JAIS iaitu Encik Zulfeikry bin Zakaraia, Puan Nurulsaida binti Roslinda dan Encik Muhammad Nurmahadi bin Abd Rahim. Melalui program ini, para pelanggan turut diberikan penerangan mengenai kepentingan komunikasi dalam keluarga, tanggungjawab suami isteri serta kaedah penyelesaian konflik secara berhemah bagi memastikan keharmonian rumah tangga dapat dikekalkan. Penganjuran program seumpama ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara institusi kekeluargaan serta menggalakkan penyelesaian masalah secara rundingan dan nasihat sebelum sesuatu pertikaian dibawa ke peringkat mahkamah.