Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Petaling

Lawatan Kerja Ketua Hakim Syarie Selangor

MRS Petaling

18 Januari 2023

1674

17 Januari 2023 – Lawatan Kerja YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Lawatan turut dihadiri oleh Encik Muhammad Ariff bin Mustapha, Ketua Bahagian Pembangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Lawatan bertujuan untuk meninjau dan melihat sendiri prasarana dan fasiliti Mahkamah ini bagi keperluan pembaikan dan penyelenggaraan dan menyelesaikan aduan kerosakan.

Warga Mahkamah Rendah Syariah Petaling merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian YAA Dato' melapangkan masa untuk menziarahi kami di sini. Semoga lawatan YAA Dato' akan menambah sinar dan keazaman kami untuk meningkatkan penyampaian dan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan.