Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Sepang

MAJLIS DOA PAGI

MRS Sepang

01 Oktober 2026

89

MAJLIS DOA PAGI

Pada 30 September 2026 jam 9.00 pagi telah berlangsungnya MAJLIS DOA PAGI DUA KALI SEBULAN di Ruang Istirahat, Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan disertai oleh para pegawai dan semua kakitangan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Faizarul Nizam, diikuti dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Amir bin Yahaya. Pengisian tazkirah berkisar tentang menggenggam sunnah seperti menggigitnya dengan gigi geraham . Pesanan ini dipetik daripada sebahagian hadis riwayat Al-Irbadh bin Sariyah RA, di mana Rasulullah SAW bersabda: "...Sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa' al-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia (sunnah itu) dengan gigi geraham..." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) Ungkapan ini merujuk kepada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang sangat penting, terutamanya dalam menghadapi zaman yang penuh dengan cabaran dan ujian keimanan (akhir zaman). Menggenggam sunnah seperti menggigitnya dengan gigi geraham bermaksud kita perlu berpegang teguh, bersabar, dan mempertahankan ajaran Islam serta sunnah Nabi SAW dengan sekuat-kuatnya, walaupun berhadapan dengan tekanan atau ujian yang berat.turut disampaikan perkara-perkara berkaitan pentadbiran pejabat serta teguran umum kepada semua pegawai dan kakitangan agar sentiasa mengamalkan komunikasi yang baik dan berkesan dalam melaksanakan tugasan serta urusan seharian di pejabat. Selain itu, Ketua Pejabat iaitu Tuan Umamuddin bin Yunus juga menyampaikan dan berkongsi pesanan-pesanan untuk semua kakitangan. Sementara itu, Ketua Pejabat yang merupakan Yang Dipertua BAKEMAS telah menyerahkan sumbangan kepada Pembantu Tadbir Kewangan,Puan Noriyah binti Romainon yang ayah kandungnya telah Kembali ke rahmatullah pada 18 September 2026. Kesimpulannya,Majlis Doa Pagi ini telah berlangsung dengan baik dan diharapkan dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan pegawai dan kakitangan, khususnya dalam aspek penghayatan nilai-nilai Islam, kerjasama dan komunikasi yang baik di tempat kerja.