Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

Perbicaraan secara Fizikal Norma Baharu di MRS Shah Alam

MRS Shah Alam

12 Mac 2021

4680

Bermula pada Mei 2020, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan beberapa garis panduan dalam melaksanakan Perbicaraan secara Fizikal norma baharu bagi menangani penularan wabak Covid-19. Antara garis panduan yang telah diamalkan sewaktu perbicaraan secara fizikal di MRSSA adalah seperti berikut :

  1. Menghadirkan diri ke lokasi Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan bagi prosiding perbicaraan
  2. Memastikan kesemua pihak-pihak hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
  3. Memastikan dokumen pengenalan diri pihak-pihak sebelum diambil keterangan.
  4. Memastikan hanya seorang peguam sahaja bagi satu pihak yang boleh hadir bagi setiap pendengaran. Sekiranya Peguam memerlukan penambahan, permohonan bersama justifikasi hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah sebelum tarikh perbicaraan. Hanya seorang anak guam bagi satu pihak dibenarkan berada di bangunan Mahkamah semasa pendengaran.
  5. Memastikan hanya seorang peguam sahaja bagi satu pihak yang boleh hadir bagi setiap pendengaran. Sekiranya Peguam memerlukan penambahan, permohonan bersama justifikasi hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah sebelum tarikh perbicaraan. Hanya seorang anak guam bagi satu pihak dibenarkan berada di bangunan Mahkamah semasa pendengaran.
  6. Hakim perlulah memulakan dan menamatkan masa sebutan/ perbicaraan berdasarkan masa yang telah ditetapkan.
  7. Membuat keputusan/ penangguhan bagi kes-kes yang didengar pada hari yang sama.
  8. Sekiranya terdapat permohonan penangguhan kes oleh mana-mana pihak, Hakim boleh menggunakan budi bicara dalam membenarkan penangguhan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa.
  9. Mahkamah hendaklah menangguhkan sebentar (standown) selama 30 minit sebutan/ perbicaraan sekiranya tempoh bersidang memasuki 2 jam untuk tujuan pengaliran udara di dalam dewan.
  10. Menggalakkan pihak-pihak untuk memilih pendengaran kes secara dalam talian untuk pendengaran kes.
  11. Memastikan pendengaran permohonan dalam kamar hendaklah dibuat di mahkamah terbuka
  12. Memastikan pelanggan melakukan dan sentiasa melakukan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka (facemask) dipatuhi di kalangan pelanggan yang berada di dalam dewan perbicaraan.
  13. Memastikan semua yang memasuki dewan bicara Scan QR Code SELangkah dan melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan.
  14. Memastikan hanya pihak-pihak termasuk saksi yang berkaitan dengan kes yang dipanggil berada di dalam dewan perbicaraan.
  15. Mengeluarkan notis makluman sebutan/ perbicaraan hendaklah ditetapkan secara masa berperingkat (staggered timing).
  16. Memastikan bilangan pelanggan yang berada di dalam galeri awam dalam dewan bicara mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan
  17. Memastikan pihak-pihak segera meninggalkan dewan bicara selepas selesai sebutan/ perbicaraan
  18. memastikan pihak-pihak berjalan melalui laluan masuk dan keluar yang dibuka untuk berurusan di dalam dewan perbicaraan.
  19. Memastikan pihak-pihak menyahkuman tangan sebelum masuk dan semasa meninggalkan dewan bicara.