Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS PERKASA WARGA KERJA MELALUI KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI KERAJAA

Admin-Haeida

30 Jun 2025

42

512674278 1275394437919352 1963643557683895663 n 513459254 1275394434586019 4435956835220879515 n

511298019 1275394454586017 5255068140068756993 n 513821260 1275394214586041 6872856079446100024 n

25 Jun 2025, Shah Alam – Dalam usaha berterusan untuk memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah berjaya menganjurkan Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan dan Pemantapan Bahasa pada 23 dan 24 Jun lalu.

Program yang berlangsung selama dua hari di Bilik Mesyuarat Utama, JAKESS, telah disertai seramai 30 orang warga kerja yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Ketua Unit, dan Setiausaha Mesyuarat Pengurusan.

Bagi memastikan pendedahan terbaik diberikan, JAKESS telah mengundang Tuan Abd Karim bin A. Bakar, Munsyi Dewan, sebagai penceramah.

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menyediakan dokumen rasmi seperti surat dan memo yang bukan sahaja menepati format terkini tetapi juga menggunakan laras bahasa yang betul, jelas dan berkesan.

Komunikasi melalui penulisan rasmi adalah cerminan imej dan profesionalisme jabatan.

Justeru, program seumpama ini amat penting bagi memastikan setiap warga kerja, terutamanya di peringkat pengurusan, mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek ini.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada teknik penulisan yang betul, kesalahan tatabahasa yang lazim dilakukan serta sesi bengkel praktikal bagi mengukuhkan pemahaman.

Program ini diharapkan dapat memberi impak positif secara langsung kepada kualiti dokumen yang dikeluarkan oleh JAKESS, selari dengan misinya untuk menjadi sebuah institusi kehakiman Syariah yang unggul dan dihormati.