KUNJUNGAN HORMAT DARI BAHAGIAN SEKTOR SOSIAL, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR KE JAKESS




6 Jun 2024, Khamis - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Sektor Sosial, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diketuai oleh Dr. Hjh Norraini binti Nordin, Pengarah Sektor Sosial bersama pegawai-pegawai daripada MAIS.
Majlis dipengerusikan oleh Puan Nenney Shuhaidah Binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS bagi membincangkan beberapa isu disamping pembentangan slaid oleh pihak MAIS.