Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • KUNJUNGAN PELAJAR DARI FAKULTI SAINS MAKLUMAT, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK PERDANA

KUNJUNGAN PELAJAR DARI FAKULTI SAINS MAKLUMAT, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK PERDANA

Admin-Haeida

22 Jun 2026

22

719609206 1585867870205339 8264429668984488824 n 722490248 1564727472319379 7611019547377918189 n

12 Jun 2026, Shah Alam – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) hari ini menerima kunjungan empat orang pelajar daripada Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana bagi menjalankan kajian akademik berkaitan pengurusan rekod.

Pelajar yang terlibat ialah Siti Balqish Nabila binti Mohd Zakri, Nurin Natasya binti Shopiee, Nursyifaa Hadirah binti Roslan dan Nurul Imani Shamimi binti Zulkipli. Kajian tersebut dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kursus Theological Information Management (IMR511) untuk program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod.

Sesi temu bual dan taklimat telah berlangsung di Pejabat Seksyen Rekod JAKESS. Taklimat berkaitan pengurusan rekod jabatan telah disampaikan oleh Encik Sofian bin Ibrahim, Pegawai Rekod JAKESS, dibantu oleh Puan Nuraziraakmar binti Othman dan Cik Khairun Iman Nadhira binti Norazli selaku Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) JAKESS.

Sepanjang sesi tersebut, para pelajar telah diberikan penerangan mengenai sistem dan amalan pengurusan rekod yang dilaksanakan di JAKESS, merangkumi aspek pewujudan, pengendalian, pengkelasan, penyimpanan, pemeliharaan, peminjaman dan pelupusan rekod mengikut prosedur serta peraturan yang ditetapkan. Turut dikongsikan ialah pelaksanaan sistem klasifikasi fail berasaskan fungsi, pengurusan rekod penting jabatan, penjilidan dan pendigitalan dokumen, serta inisiatif penambahbaikan pengurusan rekod yang dilaksanakan oleh jabatan.

JAKESS sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dalam usaha menyokong aktiviti akademik dan penyelidikan yang dapat menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap amalan pengurusan rekod yang baik dalam sektor awam.

Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta membantu memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang pengurusan rekod dan maklumat, selaras dengan keperluan semasa profesion pengurusan rekod di Malaysia.