KURSUS PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN DAN ADUAN SERTA MAKLUM BALAS PELANGGAN

KUALA KUBU BHARU: 'Komunikasi dengan Alam' telah menjadi salah satu pengisian dalam Kursus Pengurusan Khidmat Pelanggan dan Aduan serta Maklum Balas Pelanggan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).
YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie, dalam ucapan amanatnya semasa program tersebut berlangsung menyatakan agar setiap petugas kaunter khidmat pelanggan JAKESS menunjukkan akhlak terpuji dalam melayani pelanggan yang datang berurusan.
Pengisian bagi program ini juga turut dibantu oleh Fasilitator daripada AKRAB JAKESS iaitu Puan Norliana binti Zaimon, Tuan Faizarul Nizam bin Azhari dan juga Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin.