Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UNISZA KE JAKESS

Admin-Haeida

26 Jun 2026

76



                                         

                                         

                                        

25 Jun 2026, Shah Alam – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan seramai 45 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu program lawatan akademik yang bertujuan memberi pendedahan secara langsung mengenai sistem pentadbiran dan pengurusan kehakiman syariah di Negeri Selangor.

Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar berpeluang melihat sendiri perjalanan prosiding dan perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Syariah Selangor bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung pelaksanaan proses kehakiman syariah.

Selain itu, para peserta turut mengikuti sesi taklimat bertajuk “Pengenalan Mahkamah Syariah Selangor” yang telah disampaikan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman, Pendaftar JAKESS. Taklimat tersebut memberi penerangan mengenai struktur organisasi, bidang kuasa Mahkamah Syariah, fungsi-fungsi utama jabatan serta peranan institusi kehakiman syariah disamping sesi soal jawab bersama para pelajar.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam memperkukuhkan kefahaman mereka terhadap sistem perundangan dan kehakiman syariah serta menjadi platform pembelajaran yang berkesan melalui pengalaman secara langsung di institusi kehakiman.

JAKESS mengalu-alukan lawatan akademik seumpama ini sebagai salah satu usaha memperkukuhkan hubungan strategik antara institusi kehakiman syariah dan institusi pengajian tinggi dalam melahirkan generasi yang lebih memahami peranan serta fungsi Mahkamah Syariah di Malaysia.