Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENYELESAIAN ALTERNATIF (ADR) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU DAN PAHANG TINGKAT KEFAHAMAN SULH-CERAI DAN INOVASI KEHAKIMAN

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENYELESAIAN ALTERNATIF (ADR) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU DAN PAHANG TINGKAT KEFAHAMAN SULH-CERAI DAN INOVASI KEHAKIMAN

Admin-Haeida

14 April 2025

72

491843866 1212050587587071 6759118286237864732 n 491420851 1212050540920409 1243217592633303591 n 

490653067 1212050110920452 94890329877414571 n 490322024 1212050537587076 3226348229796786049 n 

9–11 April 2025, Kuala Terengganu / Kuantan – Delegasi Bahagian ADR Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSTR) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang (JKSP) bermula 9 hingga 11 April 2025. Lawatan ini bertujuan untuk menilai serta memahami secara mendalam pelaksanaan dan proses Sulh dalam tuntutan perceraian, khususnya pendekatan pasca perceraian yang diamalkan di kedua-dua negeri.

Antara objektif utama lawatan termasuk mengkaji prosedur Sulh-Cerai, meneliti penyelesaian alternatif di peringkat awal pemfailan kes, serta mengenal pasti amalan terbaik dan inovasi yang boleh dimanfaatkan di JAKESS. Delegasi turut diberi peluang untuk meninjau pelaksanaan Sulh di kedua-dua negeri.

Lawatan ini juga memberikan pendedahan kepada pelbagai inisiatif inovatif seperti sistem e-tray dan penggunaan tandatangan digital yang telah memenangi pengiktirafan peringkat negeri dan antarabangsa, khususnya di Terengganu.

Hasil lawatan ini diharap dapat menjadi pencetus kepada pelaksanaan inovasi serupa di JAKESS demi memperkasa keberkesanan pengurusan kes dan memperluas penggunaan Majlis Sulh dalam menangani isu-isu perceraian secara holistik.

Secara keseluruhan, lawatan kerja ini berjaya memberi gambaran yang jelas tentang pelaksanaan Sulh-Cerai serta membuka ruang kolaborasi dan penambahbaikan dalam sistem kehakiman Syariah di Selangor.

Pihak JAKESS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JKSTR dan JKSP di atas kerjasama dan layanan yang amat baik yang telah diberikan sepanjang program lawatan kerja ini.