Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Audit Dalam EKSA Tahun 2026

MRS Hulu Selangor

22 Jun 2026

39



22 Jun 2026 – Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor (Zon Mutiara) pada hari ini telah menjalani pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi tahun 2026. Barisan Juruaudit EKSA yang diketuai oleh Puan Norliana Binti Zaimon bersama ahli pasukan yang terdiri daripada Puan Siti Zubaidah Binti Mohd Yusof, Puan Jamaah Binti Abu dan Encik Ahmad Syafiq Bin Mohammad Shohib tiba di MRS Hulu Selangor pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh warga kerja MRS Hulu Selangor.

Audit yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memperkukuh budaya kerja yang sistematik, kemas, aman dan kondusif. Selain itu, antara objektif lain pengauditan ini dijalankan adalah untuk menilai Tahap Pematuhan Standard EKSA, mengenal pasti ruang Penambahbaikan, memperkukuh Budaya Kerja yang sistematik & berterusan, menilai keselamatan di persekitaran kerja, meningkatkan Imej Korporat Jabatan, mengenalpasti Amalan Terbaik (Best Practice) dan sebagai asas Pengiktirafan dan Pensijilan

Hasil daripada pengauditan ini, warga MRS Hulu Selangor telah menerima sebanyak 19 penemuan dan 5 teguran lisan. Selain itu, sebanyak 7 amalan baik untuk dijadikan contoh turut dilaporkan.
Penemuan dan teguran yang diberikan oleh pasukan audit disambut baik oleh warga MRS Hulu Selangor dan tindakan pembetulan akan diambil sebaiknya. Semoga segala penemuan dan teguran yang diterima tersebut dapat menyuntik idea baharu dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih cemerlang.