Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Lawatan Pemantauan Pengurusan Rekod di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

MRS Hulu Selangor

29 April 2025

68

29 April 2025 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah menerima lawatan dan kunjungan dari Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang dihadiri oleh Encik Sofian bin Ibrahim selaku Ketua Seksyen, Puan Nuraziraakmar binti Othman selaku Pembantu Syariah dan Puan Nursarah Izzati binti Zainurin. Tujuan lawatan ini adalah untuk memastikan pelaksanaan aktiviti pengurusan rekod selaras dengan peruntukan Seksyen 7(a) Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) agar rekod kerajaan di lokasi ini diurus dengan baik dan sistematik. Lawatan turut melihat dan memberi pandangan ke atas ruangan yang dicadangkan untuk dibuat bilik rekod penjilidan.

Warga Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian hadir ke lokasi ini dan turut berkongsi buah fikiran dalam memastikan rekod sentiasa teratur dan mampu memberikan impak yang positif dan kondusif untuk generasi akan datang.