Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENTADBIRAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH KE JAKESS

Admin-Haeida

19 May 2026

45

701173713 1562193225906137 1254031403083740789 n 701509721 1562193089239484 5386522703993947217 n

702487419 1562193052572821 5373066281925786980 n 701487931 1562193139239479 7469717427732653546 n

701800033 1562193069239486 7732301021497544996 n 702134185 1562193065906153 1360144021915130696 n

18 Mei 2026, Shah Alam – Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) bagi mendapatkan penerangan serta perkongsian berkaitan pengurusan rekod yang dilaksanakan di jabatan tersebut.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada delegasi berhubung tatacara pengurusan rekod yang sistematik meliputi aspek klasifikasi fail, pengkelasan dokumen, penyimpanan fail, penjilidan dan pendigitalan dokumen penting jabatan, kawalan keselamatan rekod serta pelaksanaan pelupusan rekod mengikut peraturan dan piawaian yang ditetapkan.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Encik Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri selaku Pegawai Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor serta warga kerja Seksyen Rekod JAKESS.

Sesi lawatan kerja tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri dan ucapan balas oleh Encik Muhammad Afif bin Mohd Salleh selaku Ketua Delegasi daripada Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Seterusnya, taklimat pengurusan rekod telah disampaikan oleh Encik Sofian bin Ibrahim selaku Ketua Seksyen Rekod, JAKESS.

Taklimat tersebut merangkumi struktur pengurusan rekod di JAKESS, penggunaan klasifikasi fail berasaskan fungsi, pengendalian fail aktif dan fail tidak aktif, peminjaman fail secara dalam talian dan fizikal, penggunaan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) serta prosedur pelupusan rekod mengikut tatacara yang berkuat kuasa. Turut dikongsikan ialah tatacara pengasingan dokumen yang mengandungi ayat suci al-Quran di dalam fail kes sebelum proses pelupusan dilaksanakan.

Selain itu, delegasi turut diberi penerangan berkaitan penyediaan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR), pemantauan rekod ke Mahkamah Syariah Daerah, pemantauan peminjaman fail serta kaedah pengesanan fail iaitu Sistem E-Trace bagi memastikan rekod jabatan sentiasa terpelihara, mudah dikesan dan selamat digunakan.

Delegasi seterusnya dibawa meninjau proses pengendalian pendaftaran kes di Kaunter Pendaftaran Kes One Stop Centre (OSC) serta melawat bilik penyimpanan fail rekod penting jabatan di Seksyen Rekod JAKESS. Perkongsian tersebut memberikan gambaran jelas mengenai kepentingan pengurusan rekod yang cekap dan tersusun dalam memperkukuh tadbir urus organisasi.

Lawatan kerja ini diharap dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik antara kedua-dua institusi, di samping mengeratkan hubungan kerjasama dalam usaha memperkasakan pengurusan rekod secara lebih sistematik, efisien dan berintegriti.