Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

PEMINDAHAN 41 BUKU KAUSA (DAFTAR) KE PUSAT REKOD ARKIB NEGARA MALAYSIA, PETALING JAYA

Admin-Haeida

18 November 2025

38

1 2

17 November 2025, Shah Alam  
- Seksyen Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah melaksanakan pemindahan 41 Buku Kausa (Daftar) daripada Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor ke Pusat Rekod Arkib Negara Malaysia, Petaling Jaya, Selangor menggunakan Borang Arkib 11/08 sebagaimana ditetapkan dalam prosedur pemindahan rekod awam.

Proses pemindahan ini diketuai oleh Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) Encik Sofian bin Ibrahim serta dibantu oleh Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) Puan Nuraziraakmar binti Othman, Puan Nurizzati binti Roslan, Puan Shasaliza binti Kosenin serta bersama seorang pelajar Latihan Industri (LI) Cik Khairun Iman Nadhira binti Norazli daripada UITM Puncak Perdana, bidang pengurusan rekod Maklumat. Semua rekod telah diperiksa, disusun, dilabel dan direkodkan mengikut keperluan borang dan piawaian Arkib Negara Malaysia.

Pemindahan ini dibuat selaras dengan ketetapan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), khususnya Seksyen 27 hingga 29 yang mewajibkan rekod matang dipindahkan untuk tujuan pemeliharaan kekal. Ia juga mematuhi ketetapan dalam Jadual Pelupusan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) 2020, yang menetapkan rekod fizikal dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia selepas tamat tindakan dan tempoh simpanan tujuh (7) tahun di Jabatan dipatuhi.

Tindakan ini menunjukkan komitmen JAKESS dalam memastikan pengurusan rekod jabatan secara sistematik, berlandaskan perundangan, dan selaras dengan piawaian pengurusan rekod arkib negara.