Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

LAWATAN KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH AMPANG

MRS Ampang

01 February 2024

803

IPD Ampang Jaya, 30 Januari 2024 - Berlangsungnya Lawatan Kerja Mahkamah Rendah Syariah Ampang (MRS Ampang), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada hari ini.

Lawatan kerja ini melibatkan pegawai-pegawai MRS Ampang bersama-sama ketua delegasi, YBrs. Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin merangkap Ketua Pendaftar JAKESS.

Tujuan perbincangan adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik dan bertukar-tukar pandangan mengenai aspek keselamatan MRS Ampang.

Kami juga turut disambut baik oleh barisan kepimpinan tertinggi yang diketuai YBrs. Asisten Comissioner Polis (ACP) Tuan Mohd Azam bin Ismail.