Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Audit Dalam EKSA Tahun 2025

MRS Hulu Selangor

30 June 2025

16

25 Jun 2025Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor (Zon Mutiara) pada hari ini telah menerima kunjungan pasukan juruaudit dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang diketuai oleh Tuan Mohamad Yuszairi Bin Mohamad Zam Zam dan disertai oleh Puan Norliana Binti Zaimon dan Encik Ahmad Syafiq Bin Mohammad Shohib

Auditan EKSA yang dijalankan di semua mahkamah syariah seluruh Selangor serta ibu pejabat JAKESS adalah merupakan salah satu kriteria yang diperlukan bagi mengekalkan pensijilan EKSA yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan lokasi bersedia diaudit kali ini. Semoga teguran dan penemuan auditan pada kali ini mampu menyuntik idea baharu untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di lokasi ini.