Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2024

MRS Hulu Selangor

26 April 2024

615

26 April 2024 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah menerima kunjungan daripada  Zon Firus (Mahkamah Rendah Syariah Klang) seramai enam orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Puan Nadiah Binti Khamis, Hakim Syarie MRS Klang.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA sambil berkongsi pendapat dan pengalaman tentang amalan EKSA di pejabat masing-masing. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Mohamed Hizwan Bin Mohamed Nor dan seterusnya lawatan bagi melihat sendiri amalan EKSA di Jabatan tersebut.