Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

Aktiviti Pengasingan Rekod Fail Kes Sulh bagi Tujuan Pelupusan

MRS Shah Alam

24 March 2023

1332

Jumaat, 17 Mac 2023 - Aktiviti pengasingan rekod Fail Kes Sulh bagi tujuan pelupusan telah dijalankan pada 17 Mac 2023. Ianya melibatkan Fail Kes Sulh bagi tahun 2001 hingga 2019. Aktiviti ini adalah sebahagian aktiviti tahunan yang melibatkan warga kerja dan dibantu oleh pelajar yang sedang menjalani latihan amali di pejabat ini. Sebanyak 1822 fail telah dikenal pasti untuk dimajukan kepada ARKIB Negara Malaysia bagi tujuan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Objektif aktiviti ini diadakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran menerusi pelupusan rekod secara efisien dan sistematik, menjimatkan perbelanjaan pengurusan sesebuah pejabat awam, penggunaan ruang simpanan rekod secara lebih ekonomik, mematuhi keperluan perundangan dengan mengenal pasti serta memisahkan bahan-bahan rekod yang berpontensi untuk dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan pada masa akan datang.